Saturday, September 18, 2010

salam aidilfitri 2010..


Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin kepada suami tercinta & keluarga tersayang..hampir 8 bulan dah kandungan aku..segala pahit getir aku tempuhi..terlalu sukar untuk digambarkan..aku seperti telur dihujung tanduk..mungkinkah 2010 merupakan aidilfitri aku yang terakhir bergelar isteri? mama?..hanya dia yang maha mengetahui..aku pasrah dengan ketentuan darinya..aku redha..

Blog aku ni pun dah lama tidak dikemaskini kerana kesibukkan dan kesihatan yang tidak mengizinkan..insyaallah jika ada sinar baru aku akan teruskan blog aku ini..terima kasih kepada keluarga ku, sanak saudara dan kawan-kawan yang banyak memberi semangat dan sokongan kepada ku..

Bermula hari ini aku akan mula sebuk dengan persiapan utk menyambut kedatangan orang baru didalam hidupku..aku berharap semuanya akan berjalan dgn lancar..stiap hari aku berdoa agar baby dalam kandungan ini sentiasa sihat walaupun pelbagai dugaan yang telah aku lalui sepanjang 8 bulan aku bersamanya..andaikata mama gugur dimedan perjuangan ini..maafkan mama..mama sentiasa harapkan anak2 mama menjadi insan yang berguna suatu hari nanti..

Buat suami tercinta..aku tidak mampu memberikan kebahagian seperti yang engkau harapkan..ampunkan segala dosaku dari hujung rambut hingga hunjung kaki..salah silap ku..halalkan segala makan minumku..andainya aku gugur dlam perjuangan ini..jaga la anak2 kita dgn baik..didik la mereka menjadi org yang berguna dan berjasa suatu hari nanti..hanya itu harta yang hakiki yang aku miliki..andaikata tiada jodoh antara kita..aku doakan engkau bahagia bersama insan yang engkau pilih..dunia & akhirat..hanya satu pintaku..jangan engkau pisahkan aku dengan anak2 ku..jangan ada dendam antara kita..aku redha dengan ketentuan ilahi..andai itu yang telah tersurat di azali..namun semua keputusan terletak ditangan mu..aku tidak mampu untuk menepisnya lagi..setiap hari airmata ku berlinangan mengenangkan nasib kita..masa depan keluarga kita..anak2 kita..hanya dia yang maha esa yang lebih mengetahui..amin..

Ya Allah Ya Tuhanku, aku pohon pada mu..tabahkan hatiku dalam menempuhi segala dugaan mu..sesungguhnya aku hanya hambu mu yang lemah..yang tidak mampu untuk melawan kehendak dari mu..lindungi lah keluargaku dari sebarang pengkhianatan, penganiayaan, dan hasad dengki dari mereka yang tidak ingin melihat kebahagian kami..berilah kami petunjuk dan sinar baru dalam kehidupan kami..hanya itu yang aku pohon dari mu..jangan la engkau pisahkan kami kecuali ajal mu..

;;

Template by:
Free Blog Templates