Saturday, February 28, 2009

Maid Baru...

Yahooo!!! akhirnya...aku dapat jugak maid..setelah 2 bulan mencari...akhirnya dapat jugak aku maid..weekend maid..dia datang kemas rumah aku sabtu dan ahad jer..yer laaa...aku memang bz gilerrrrr...mmg tak sempat langsung nak kemas rumah semua..kalau cuti pun aku memang tak larat dah nak buat keje..badan penat dan lemah..lagipun mane aku ada cuti..cuma hari ni ngan esok je aku dapat cuti emergency..sebab tak de org jaga mukhriz..so tak de la tuisyen hari ni ngan esok..(sabtu & Ahad)..

ala lagipun maid aku ni bukan banyak pun keje dia nak buat..rumah aku kecik je..nak suh dia basuh baju..lipat baju..iron baju..itu yang paling penting..kalau tak nanti suami kesayangan aku merajuk lagi ngan aku sebab tak iron baju keje dia..hehehehehehe...pastu suh dia sapu sampah, mop lantai, kemas dapur..lap habuk..itu jer..bukan buat ape pun..aku bagi gaji hari kat dia..aku bari rm2o sehari..tak kisah la bape jam..asal dia datang pagi dan siapkan semua keje..

sebelum ni memang aku tak penah pakai maid..so tgk la ape perangai maid yang nie..org sabah..dia pun isteri navy jugak..dah kawin tapi tak de anak..so mmg dia sorang2 jer kat rumah..
nak try tgk mcm mane dia buat keje..ok ke tak..ni hari cuti aku berehat sepenuhnye..sambil baring sambil mentenettt...biasa la aku ngan wireless aku bukan blh dipisahkan..hehehehehe..

petang ni aku plan nak pegi spa..nak menyegarkan badan..nak pegi urut2 kat spa..badan memang lemah langsung..sampai nak bangun pun tak larat..suami kesayangan aku plak tak de..dia blaya..g langkawi..jumaat minggu depan baru balik..uwarrrggghhh mengantuknyerrr..nak tido...

Friday, February 27, 2009

BONIA....

Hari ni hari jumaat..lunch time 2jam..ape lagi..aku merayap laa..pg Giant..alih2 aku memang berkenan gila ngan jam nie..jam ni mmg aku dah usha lama dah..tak de org beli ke? aku beli laa..hehehehehe..jenama BONIA..huh...harga tak yah citer la..RM488..hehehehe..tapi cantik..aku suka..elegence..

Huh...giler betol aku nie..macam mane la aku nak beli Grand Livina ni..asyik berbelanja ajerr..tapi aku beli pun memang barang2 ni semua aku tak de..selama ni pun aku tak de jam tangan jugak..so sbb tuh aku beli..aku ni kalau beli barang biar mahal mane pun asalkan kualiti baik..dari aku beli jam harga rm10 pakai 2 bulan boleh campak longkang...hehehehe..tapi aku puas hati la ngan jam aku nie..cantik tak?

Thursday, February 26, 2009

Yeeehaaaa!!! HP baru!!!

Yeeehaaaa...!!! bestnyerrr...dapat beli HP baru...tapi ada citer di sebalik hp aku nie..hehehehe..
aku dah order hp ni dari hari isnin smalam...aku order black kat uncle tuh..lastly petang tadi masa aku nak pegi amik uncle tuh tersalah amik stok..dia amik white...so aku mati2 tak nak..harga dah ok dah..RM1300 aku deal ngan uncle..harga paling murah aku dapat..ori zitron..alih2 hp yang aku order sampai white..lepas tuh aku tak nak amik..

Disebabkan terlalu frust aku nak beli gak kale hitam..aku pusing2 cari kedai hp kat lumut ni last2 aku teringat MAXIS Centre kat sitiawan..aku terus g sana..nasib baik ada...walaupun harga dia RM1400 aku amik jugak..sebab dah terlalu kecewa ngan uncle..biar la harga lebih pun asalkan aku dapat hitam...hehehehehe...itu la aku...jadi biol sekejap sbb terlalu frust...

tapi skang tak frust dah..sbb aku dah dapat hp ni kaler hitam kat maxis centre tuh..tapi aku tak reti nak guna lagi laaa...heheheehhe..

Penatnyerrr

Huh...penatnyerr..tak sempat langsung nak resttt...uwaaaaaaaaarrr...mengantukkk...tido jap..


Monday, February 23, 2009

Yahooo Rumah Aku Dah Ada Wireless!!

YAHOOOOOOOOOO!!!! rumah aku dah ada wireles...aku pasang wireless sendiri kat rumah aku..so tak de la teruk aku nak mengusung wire dgn laptop ke sana ke mari..kadang2 aku sendiri tersadong wire tuh...dah ada wireless ni atas katil pun aku leh mentenet lagi....huhuhuhuhuhuhuhu.. memang besttttttttttt gilerrrr....so boleh dikatakan satu blok A19 ni menggunakan wireless aku yang free bagi depa nie..tapi aku tak la sebodoh itu...aku ni kedekut orgnya...aku dah beli mahal2 takkan nak bagi korang pakai free..hehehe..so disebabkan sifat aku yang kedekut ni aku letak password kat wireless aku ni..so org blok aku takkan dapat menggunakan wireless aku nie dengan sewenang-wenangnya..hahahahha...sape nak guna kena minta permission dari aku dulu laaa...hehehehehe...

Aku ada satu cadangan pada mulanya..mengenakan charge kepada sesiapa yang ingin melayari wireless aku nie..sape nak guna aku nak kenakan RM10 sebulan..ala macam hot spot laaa...korang kena bayar jugak RM10 sebulan..baru leh guna...tapi suami kesayangan aku tak bagi laaa..dia kata cukup2 la dengan income yang aku dapat nie...hehehehehe...aku ni MATA DUITAN sungguh!! tapi aku punye cara tak salah..sebab aku dah menyediakan kemudahan...kalau kat luar tuh drg pasang wireless kat kedai2 tuh free sbb drg suh korang makan kat kedai drg..itu je..strategic perniagaan..so kat situ drg dah dapat income..so kalau aku nak buat sebenarnya boleh...tak salah dari segi undang2 pun kalau aku buat..tapi aku nak buat jugak...tanpa pengetahuan suami aku....hehehehhe..kalau sebelum ni aku tampal iklan untuk promote tuisyen aku lepas ni aku promote dari mulut ke mulut aje laa..hehehehehe...ala bukan mahal pun..RM10 jer sebulan...

Sunday, February 22, 2009

gambar menarik minggu ini...gambar seksi tuhhh...








Gambar yang atas tu gambar anak murid aku tahun 6..aku dendakan drg..sbb aku bagi keje drg tak buat..seminggu tu..aku denda drg ketuk ketampi 50 kali..biar drg rasa...melampau sangat..tak leh bagi muka sangat budak2 nie...

Gambar yang bawah tu...Gambar lucahhhhhh..hehehehehe...18SX jer leh tengok..gile btol aku nie..first time anak aku nak mandi dalam baldi nie..aku bagi laa..dah tuh mengamuk2 nak mandi dalam baldi nie..pastu aku rasa mcm lawak n kelakar pulak..sbb tuh la aku tangkap gambar nie..hehehehehehe...

8 Petua -petua gadis perawan

Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok dilakukan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.

1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ketilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh.

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan makan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. SeIalu minum air asam jawa.Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis.Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara anda.

10 perkara mengenai perkahwinan

Bila wujud perkahwinan, tidak semesti semuanya ok dan bahagia. Ada banyak perkara yang boleh mengubah tanggapan kita dan kita perlu banyak bersabar. Di bawah ini ada beberapa perkara melalui pengalaman masyarakat kita dan tanggapan mengenai perkahwinan dan
pengalamannya selepas berkahwin.

1. Berkahwin tidak bermakna anda tidak akan keseorangan lagi.

"Saya dan suami baru sahaja mengikuti kaunseling. Tiada apa-apa yang drastik cuma kami dapat rasakan bahawa kami semakin berjauhan dari segi emosi dan fizikal. Jiwa semakin terasa keseorangan. Nasib baik kami berdua cepat sedar dan sanggup mendapatkan bantuan
daripada mengambil tindakan yang bertentangan."

2. Berkahwin tidak bermakna anda akan berasa menyintai atau dicintai setiap hari.

"Kebahagiaan dalam perkahwinan tidak berlaku sekelip mata keranamasalah tentu akan timbul. Ada masalah besar dan ada yang kecil.Kadangkala anda akan merasakan diri sudah tidak dicintai." Amat penting bagi masing-masing mengucapkan perasaan cinta dan mencintai.

3. Anda masih perlu menghangatkan suasana.

"Kami suami isteri mempunyai kerjaya yang sangat sibuk dan jarang dapat meluangkan masa bersama. Untuk mengelakkan perasaan seperti teman sebilik sahaja, kami cuba terapkan kebiasaan untuk memeluk antara satu sama lain dan bercerita setiap malam sebelum melelapkan
mata."

4. Perkahwinan adalah sesuatu yang menyeronokkan.

"Saya dan isteri amat menyenangi kehadiran masing-masing. Kami gemar bergelak ketawa bersama, bergurau dan mengusik. Setiap hari ada sahaja SMS yang dihantar... kadang kala lawak jenaka dan ada juga mesej berunsur seks nakal."

5. Lazimnya salah seorang akan lebih banyak berkorban.

"Mana ada yang seratus peratus adil pembahagiannya. Selalunya isteri akan lebih banyak berkorban terutamanya dari segi kerjaya.Kadang-kala ada yang terpaksa melepaskan kenaikan pangkat kerana tidak ingin rumahtangga kucar-kacir."

6. Pasangan anda akan berubah mengikut masa.

Anda harus menerima kenyataan bahawa masing-masing akan berubah mengikut masa. Kadang-kalanya dari segi perangai, rupa paras ,bentuk badan dan hobi. Tiada orang yang akan kekal sama sepertimana mula-mula berkenalan dahulu.

7. Anda tidak semestinya akan bersetuju dalam semua perkara.

Suami akan tetap mahu menggunakan wang bonus untuk membesarkan garaj manakala isteri inginkan sofa baru. Terimalah hakikat bahawa masing-masing ada keinginan yang berbeza. Yang penting tolak ansur-mungkin bonus tahun ini mengikut kehendak isteri manakala bonus tahun depan untuk suami pula.

8. Semakin lama berkahwin semakin bahagia.

Pasangan yang memahami kehendak masing-masing dan mengamalkan tolak ansur dalam kebanyakan perkara sepanjang mereka berkahwin, lazimnya akan berjaya melawan badai atau apa-apa masalah. Mereka inilah yang dapat menikmati kemanisan berumahtangga. Sememangnya pasangan ini adalah "soulmate" masing-masing.

9. Hubungan seks ada turun naiknya.

Kadang kala sangat berkesan dan ada kalanya tidak begitu memberansangkan. Masing-masing seharusnya menerima bahawa ianya bergantung kepada "mood" dan keadaan sekeliling.

10. Perasaan Ego yang berlebihan adalah amat berbahaya.

Apabila perselisihan terjadi, masing-masing menjadi begitu sensitif dan mementingkan ego. Jika terlampau mengikut ego, anda mungkin akan memanjangkan masalah yang kecil. Elakkan daripada menyimpanperasaan marah terlalu lama kerana pasangan anda mungkin akan
berubah hati.

Friday, February 20, 2009

bznyer minggu nie...

bz sungguh aku minggu nie...sabtu ahad lepas bz ngan final exam..skang bz nak mula part 2 plak..isnin ni 23/2 dah start part 2..so kelas pun akan start minggu tuh...bz dengan student nak add drop subject laa..student k-force ni ngada2 skit..dah add nak drop..pastu dah drop nak add balik..hissshhh...semua tuh memenatkan aku..kena buat keje 2 3 kali..pastu aku bz nak mengajar k-force..nak mengajar tuisyen lagi...

bulan 4 ni keputusan draft laki aku kuar...ya allah...minta2 la laki aku masih ditugaskan di base lumut ni..sbb aku dah seronok keje sini..kang nak kena cari keje len plak...SABAH @ SARAWAK??? errrrrrrrr...minta di simpangkan...aku tak nak..tapi laki aku dah setuju..kalau dapat sabah sarawak..dia izinkan aku berkerja di lumut..dia tak kisah kalau aku tak ikut...hehehehehe..aku pun tak kisah..dah biasa duk berjauhan ngan suami...sebab sejak kawin pun aku tak tinggal bersama ngan dia..3 tahun aku duk kl dia duk lumut...so pada aku kalau 2 thn dia kena g sabah sarawak aku rasa aku boleh lalui masa-masa mendatang dengan sabar...2 3 bulan skali aku terbang la ke sana..hehehehehe..lagipun kat sana tak de sape2..kat sini mak aku ada..mak mentua aku ada..walaupun lain2 negeri..at least drg kat sini..tapi aku kena pindah duk luar pulak..tuisyen aku tergendala laaa..tapi aku buat plak kat rumah sewa aku nanti..masa tuh pun mukhriz dah besar...tak heran sangat...

Tuesday, February 17, 2009

Materialistik....







hehehehehe...materialistik btol aku nie...semua ni menda2 yang bakal menjadi hak milik aku..hehehe..tapi tak tau mane yang nak pilih dulu..huhuhuhuhu...MPV Grand Livina ke MPV Exora..HP pun tak tau nak pilih yang mane satu..tapi laptop buat masa ni aku suka yang nie..Aspire Gemstone Blue...cantekkk gileee...korang tolong la bagi cadangan kat aku yang mane aku nak pilih nie...dalam DILEMA...hehehehehehhe

Jom Makan Steambot











huhhh...bestnyerrr..setiap bulan sekali mesti aku g makan steambot..salah satu makanan kegemaran ku...kat Marina Beach Resort..besttt gilerrr...aku g ari ahad smalam...suami aku belanja aku..sempena hari valentine's day..terlewat satu hari...sebab hari sabtu tu suami aku keje..tapi tak leh nak romantik2 dah kalau kena kepong anak aku yang sorang tuh..tak duk diam..sorang makan sorang duk jaga dia...hehehehehe...sape nak g makan steambot kat lumut nie bagi aku Marina Beach Resort ok la..sedap..aku suka...sebb dia ada tomyam dan sup..best..aku memang suka makan seafood nie..harga dia pun tak mahal..small RM45..medium RM80..large RM120...memang besttt...gi la try makan kat sana..n kalau korang ada tempat makan best pun...promote la kat aku..boleh aku g try...

Sunday, February 15, 2009

FINAL EXAM K-FORCE 14/2/09 & 15/2/09






14 & 15 Feb 09...merupakan hari besar dan hari penentu bagi pelajar K-Force..sebab hari ni adalah final exam untuk part 1..so secara tidak langsung aku pun terlibat..penat ooo...2 hari kena jaga drg exam..setiap pagi bangun awal..huh...meletihkan...biasanya aku bangun sembahyang subuh aku tido balik..kul 9 baru aku bangun then g keje..tapi semalam dan hari ni penat sungguh..sbb exam bermula seawal pukul 8 pagi.huuh..aku pulak kena turn pagi...sbb petang aku kena mengajar tuisyen plak..chinese guy tuh nama dia chiew..chief invigilator exam...dia di datangkan dari UNITAR untuk membawa kertas soalan dan menjaga exam ni jugak laa..huh penat sungguh sabtu ahad kena keje..tapi tak pe aku dapat 2 hari replacement cuti...bestnyerrr..esok dah keje dah..aku nak masuk opis lewat..nak cover waktu tido aku sabtu ahad aku bangun awal..haahahhaha...

Friday, February 13, 2009

Pusat Tuisyen D'Mukhriz








Ini la dia Pusat Tuisyen D'Mukhriz...aku buka home tuition kat rumah aku..menggunakan bilik utama..dari bilik tak digunakan lebih baik aku mencari rezeki di bilik ini..hehehehe..aku buat tuition untuk sekolah rendah..dari darjah 1-darjah 6..untuk subjek BM, BI, MATH & SAINS..cuma RM45 seorang..murah jee..kat lumut ni mcm tuh la harganya..lain la kalai KL satu subjek je dah RM50..kalau aku buat mcm tuh kayo dah aku..skang pung student aku mencecah hampir 70 orang..tingkatan 1 & 2 untuk subjek MATHS sahaja..itu pun aku dah tak cukup masa dah..pack jadual harian aku..ntah kenapa makin hari makin timbul minat nak mengajar tuh..tapi aper2 hal..mengajar student K-Force paling senang la bagi aku dari nak mengajar budak2 sekolah rendah yang baru nak mengenal dunia ilmu pengetahuan nie..hehehehehe...kelas K-Force coming soon aku letak kat bloh aku nie...yang pakai baju pink tuh pelajar paling muda dalam kelas aku..baru 2 tahun...hahahahahahha..itu mukhriz laaa..nama pusat tuisyen ni pun di ambil sempena nama anak aku laaa...PUSAT TUISYEN D'MUKHRIZ...cari rezeki atas nama anak...memang luck la nama aku nie..memang membawa rezeki kat aku...syukur alhamdullillah..moga2 dilimpahkan lagi rezeki yang berlipat ganda pada aku dan anak2 yang bakal mendatang...AMIN....


Tuesday, February 10, 2009

Hari BZ Semakin Dekat

huh...semakin hari semakin bz..14 & 15 hb Feb ni student K-force exam..lepas exam break seminggu masuk lak part 2..part 2 akan bermula pada 21hb ni..biasa la kalau awal2 sem memang bz gilerrr laa..sampai tak sempat nak buat ape dah..hopely sempat la aku update blog aku nie..n hopely tidak menjejaskan kelas tuisyen anak murid kecik aku..minggu ni kelas last utk k-force hari khamis nie..pastu aku leh la releksss sekejap...kepala pun dah pening nie..tido tak cukup..keje keje keje..selagi belum tutup mata keje je la keje aku..hehehehehehe...maklum laa..ada impian yang belum tercapai lagi...huh besar sungguh impian aku tuh...

Monday, February 9, 2009

Bawa Mukhriz Beriadah...





































































petang ni bawa mukhriz main kete control dia kat taman tepi laut..seronok sangat dia..sampai aku nak tolong control kete dia pun tak dibaginya..kedekut anak aku nie..last2 kete dia masuk bawah kete aku plak..nasib baik tersangkut dekat je..kalau tersangkut tengah2 kete aku naya aku..tuh la yang suami kesayangan aku duk menonggeng tuh..sebab nak amik kete anak aku la tuh..hehehehehe...

Sunday, February 8, 2009

Bercuti ke Zoo Taiping




huh memang best...penat satu hari pegi bawa mukhriz jalan2 kat zoo taiping..seronok sangat dia dapat jalan2..maklum la aku ni 24 hours BZ..so masa cuti ni la aku manfaatkan masa yang ada bersama suami dan anak..bila dah kerja..kerja..kerja..kerja..so masa cuti ni la cuti habis-habisan...hehehehehe...masa kat zoo tuh naik keretapi pusing zoo..mukhriz nak naik keretapi..lepas tuh baru aku jalan2 kaki pusing zoo plak..besttt bestt..

Kete Remote Mukhriz

huh...kopak duit aku bulan ni beli kete control kat anak antan aku nie..RM70...beli kat Tesco Taiping...lepas aku pegi berjalan2 ke Zoo aku pegi shooping ke Tesco plak..tempat shooping kegemaran aku..tak tau la pasal ape sejak dari duk kl dulu lagi aku memang suka g shooping kat Tesco dgn Jusco..tapi taiping tak de Jusco..so aku pegi la Tesco..kopak lagi duit aku RM300 bershooping kat sana..beli blause laa..shooping barang dapur lagi..yang paling besttt..dapat makan shushi..salah satu makanan kegemaran aku..memang bestt gilerr...huh penat satu hari berjalan ke Taiping...

Thursday, February 5, 2009

N97 @ Tytn II





Yang mana satu? N97 atau HTC Tytn II? korang pilih la untuk aku..smart gilerr laaa..

Wednesday, February 4, 2009

Terimalah kekurangan Suami seadanya

Terimalah kekurangan Suami seadanya
Seorang isteri mengadu begini kepada saya,

" Suami saya bukanlah seperti yg saya gambarkan sewaktu belum berkahwin. Dia amat berbeza daripada penampilannya dahulu. Sekarang dia bukan sahaja gagal membahagiakan saya malah sering menjadikan saya kesal mempersuamikannya. Ingin sekali saya meninggalkannya, tapi tak berupaya kerana memikirkan anak2 dan masa depan saya sendiri, walaupun ada lelaki yang sedia mengambil saya di luar sana. Saya seperti terperangkap oleh kedunguan masa lalu. Kekal bersamanya bererti saya selamanyalah tidak akan berasa bahagia. Apa yang boleh saya lakukan sekarang?

Lalu saya bertanya,

Skrg puan nak yang mana? Kekal bersamanya atau mengikut lelaki lain? Maksud saya mana yang lebih berat? Kalau awak tanyakan yang mana lebih berat, tentulah bersamanya lebih berat. Kalau begitu, mengapa tidak pejamkan mata, bayangkan yang indah2, anggaplah dia satu2nya lelaki yang ada di dunia ini dan binalah kebahagiaan bersama. Isteri itu seperti terkejut dgn saranan saya.

Barangkali dia mengharapkan satu cadangan yang lebih memihak kepada gelojak hatinya untuk memilih lelaki lain, berdasarkan kebahagiaan yang sudah gagal dikecapinya sekarang.

Lalu saya perjelaskan,

Kalaulah kebahagiaan yang menjadi persoalan, belum tentu pilihan seterusnya akan menjaminkan kebahagiaan. Barangkali bersama lelaki kedua masalah lebih menimpa. Kalau nanti perkahwinan kedua itu juga gagal memberikan kebahagiaan, apakah anda akan berkahwin buat kali ketiga? Jika tak bahagia juga, anda akan berkahwin pula buat kali keempat? Kemudian kelima, keenam? Sampai bila?

Hidup bukankah untuk dinikmati? Usia bukanlah lama untuk dipersiakan dengan hal-hal yang tidak sepatutnya. Siapapun dia, dia adalah lelaki yang bergelar `SUAMI'. Kebahagiaan adalah satu istilah yang telah terbentuk. Tinggal bagaimana kita mendefinasikan kebahagiaan itu sahaja yang menyebabkan sesetengah drpd kita gagal berasa bahagia.

Alangkah ruginya kalau hidup yang singkat ini kita gagal mendapat bahagia. Semata2 kerana menyangka kebahagiaan itu akan dinikmati jika bersama orang sekian-sekian. Semata-mata kerana menyangka Si Dia boleh memberi bahagia yang diimpi-impikan. Kalau meleset bagaimana? Kalau kebahagiaan yang diidam-idamkan itu tidak diperoleh sdgkan kebahagiaan yang sedia ada ini telah ditinggalkan, bagaimana?

Setelah anda diijabkabulkan, satu perjanjian telah dibentuk. Anda telah merelakan diri anda bergelar ISTERI dan rela memanggil org berkenaan yang tiada langsung pertalian dengan anda sebelumnya sebagai suami. Anda merelakan segalanya kepada dia dan demikian dia terhadap anda. Setelah diikat dengan tali perkahwinan, mengapa tidak pejamkan mata dan anggaplah dia pasangan yang terbaik. Dia mmg dijadikan buat anda. Dia adalah segala-galanya. Bentuklah kebahagiaan bersamanya.

JANGAN mimpi-mimpikan lagi org lain selain dia.
JANGAN angan-angankan perkara yang bukan-bukan.
INGAT!!!!.. Anda dijadikan dari tulang rusuk dia. Relakan diri anda untuk bertolak ansur dlm beberapa hal untuk mencari kesukaan dan kebencian bersama. Relakan membina bahagia dan dialah alatnya.

Masalah yang sering menimpa pasangan muda ialah masing2 gagal memantau
imaginasi untuk membentuk bahagia pada awal perkahwinan. Setelah segalanya dilalui dan masalah menapak di sana sini, barulah sedar sesuatu sepatutnya dilakukan lebih awal dahulu. Tetapi nyata sudah terlambat, imaginasi bersama mekanisme-mekanisme nya telah dipersia-siakan. Bahagia kelihatan tetapi sudah tidak terjangkau dek tangan. Kesudahannya, bahagia disangka berada di luar dan mahu diburu walhal sebenarnya bahagia sudah berada di tangan, hanya gagal mengenal dan menikmatinya sahaja.

Selagi mana SUAMI anda itu masih menjalankan tanggungjawabnya, maksud saya dia masih ingat rumah, ingat anak-anak dan ingat untuk mencari rezeki, dia masih seorang lelaki yang boleh diharapkan. Apatahlagi jika dia seorang yang tidak meninggalkan ibadah-ibadah fardu, kekurangan-kekurang an yang ada pada dirinya hanyalah sekadar kekurangan untuk membenarkan kata-kata

"NO MAN IS PERFECT"
.

Banyakkkknyerrr cuti awal tahun nie..

huh...banyak sungguh cuti awal tahun nie..kelas SEM DEC 08 Part 1 dah nak berakhir..lagi 2 minggu student nak final exam..drg exam 14 & 15hb Feb..so nak start bz dah la nie utk exam..pastu bz utk kelas SEM DEC 08 Part 2 plak..kelas start 21hb Feb 08..huhhh penatnyerr...skang ni tengah sebuk nak cari tutor utk part 2 plak...

;;

Template by:
Free Blog Templates