Wednesday, April 6, 2011

Qistina Balqis Maisarah

Dilahirkan pada 16/10/2010..Qistina Balqis Maisarah, berat 2.4kg..baby pramatang..dilahirkan pada minggu ke 33..di Hospital Seri Manjung Perak..kini umurnya sudah menjangkau 6bulan..tapi hanya sempat balik ke rumah selama 7 hari ketika berumur 40hari..selepas kemasukkannya ke wad kali kedua pada 29/11/10..dia tidak pernah pulang lagi ke rumah..sehingga waktu ini..

Qistina menghadapi beberapa masalah kesihatan :-
1)Cleft lips & pallete
2)PDA in failure
3)Jantung Berlubang
4)Paru2 collapse

hari pertama aku menatap wajahnya hati ku pilu..aku terkejut dengan keadaan wajahnya..inilah dugaan pertamaku..disini la semuanya bermula..episod sedih dan piluku..pada mulanya aku tidak dapat menerima hakikat dan takdir yang telah ditentukan kepada ku..sedikit demi sedikit..hari demi hari aku mula menerima takdir ilahi..hati ibu mana tidak sedih hancur berkecai melihat anak yang dikandung sebegini rupa..namun aku redha dan pasrah dengan ketentuan ilahi..

Ku sangkakan hujan ditengahari..rupanya hingga ke petang..pada usianya 13 hari..balqis di syaki mempunyai masalah jantung..lalu dirujuk ke Hospital Pulau Pinang..Doktor Pakar Jantung mengesahkan balqis mempunye masalah jantung iaitu jantung berlubang dan PDA in failure..saluran darah yang menghubungkan jantung dan paru2 terbuka..membuatkan denyutan jantung balqis laju dan memerlukan bantuan oksigen..


ketika usianya 39hari, buat pertama kali balqis menjejakkan kakinya ke rumah..masa ni aku tinggal di kuarters tldm lumut..sempat 7 hari balqis duduk dirumah..selepas itu pada 29/11/10..balqis dimasukkan semula ke SCN Manjung kerana jangkitan kuman di paru2..balqis menangis sehingga dia kelihatan biru..mujur aku cepat bertindak..mcm2 agenda di sana..kesihatan balqis semakin hari semakin teruk..kejap kejap biru kejap kejap biru..mujur ada adik ku yang setia menunggu balqis pada waktu siang..tika aku pergi kerja..dan aku jaga pada waktu malam..bayangkan laa setiap hari aku di wad dan pejabat sahaja..penat letih tak yah cakap laa...sampai sini aje agenda di lumut..

;;

Template by:
Free Blog Templates