Wednesday, April 6, 2011

Qistina Balqis Maisarah

Dilahirkan pada 16/10/2010..Qistina Balqis Maisarah, berat 2.4kg..baby pramatang..dilahirkan pada minggu ke 33..di Hospital Seri Manjung Perak..kini umurnya sudah menjangkau 6bulan..tapi hanya sempat balik ke rumah selama 7 hari ketika berumur 40hari..selepas kemasukkannya ke wad kali kedua pada 29/11/10..dia tidak pernah pulang lagi ke rumah..sehingga waktu ini..

Qistina menghadapi beberapa masalah kesihatan :-
1)Cleft lips & pallete
2)PDA in failure
3)Jantung Berlubang
4)Paru2 collapse

hari pertama aku menatap wajahnya hati ku pilu..aku terkejut dengan keadaan wajahnya..inilah dugaan pertamaku..disini la semuanya bermula..episod sedih dan piluku..pada mulanya aku tidak dapat menerima hakikat dan takdir yang telah ditentukan kepada ku..sedikit demi sedikit..hari demi hari aku mula menerima takdir ilahi..hati ibu mana tidak sedih hancur berkecai melihat anak yang dikandung sebegini rupa..namun aku redha dan pasrah dengan ketentuan ilahi..

Ku sangkakan hujan ditengahari..rupanya hingga ke petang..pada usianya 13 hari..balqis di syaki mempunyai masalah jantung..lalu dirujuk ke Hospital Pulau Pinang..Doktor Pakar Jantung mengesahkan balqis mempunye masalah jantung iaitu jantung berlubang dan PDA in failure..saluran darah yang menghubungkan jantung dan paru2 terbuka..membuatkan denyutan jantung balqis laju dan memerlukan bantuan oksigen..


ketika usianya 39hari, buat pertama kali balqis menjejakkan kakinya ke rumah..masa ni aku tinggal di kuarters tldm lumut..sempat 7 hari balqis duduk dirumah..selepas itu pada 29/11/10..balqis dimasukkan semula ke SCN Manjung kerana jangkitan kuman di paru2..balqis menangis sehingga dia kelihatan biru..mujur aku cepat bertindak..mcm2 agenda di sana..kesihatan balqis semakin hari semakin teruk..kejap kejap biru kejap kejap biru..mujur ada adik ku yang setia menunggu balqis pada waktu siang..tika aku pergi kerja..dan aku jaga pada waktu malam..bayangkan laa setiap hari aku di wad dan pejabat sahaja..penat letih tak yah cakap laa...sampai sini aje agenda di lumut..

Saturday, September 18, 2010

salam aidilfitri 2010..


Selamat Hari Raya..Maaf Zahir & Batin kepada suami tercinta & keluarga tersayang..hampir 8 bulan dah kandungan aku..segala pahit getir aku tempuhi..terlalu sukar untuk digambarkan..aku seperti telur dihujung tanduk..mungkinkah 2010 merupakan aidilfitri aku yang terakhir bergelar isteri? mama?..hanya dia yang maha mengetahui..aku pasrah dengan ketentuan darinya..aku redha..

Blog aku ni pun dah lama tidak dikemaskini kerana kesibukkan dan kesihatan yang tidak mengizinkan..insyaallah jika ada sinar baru aku akan teruskan blog aku ini..terima kasih kepada keluarga ku, sanak saudara dan kawan-kawan yang banyak memberi semangat dan sokongan kepada ku..

Bermula hari ini aku akan mula sebuk dengan persiapan utk menyambut kedatangan orang baru didalam hidupku..aku berharap semuanya akan berjalan dgn lancar..stiap hari aku berdoa agar baby dalam kandungan ini sentiasa sihat walaupun pelbagai dugaan yang telah aku lalui sepanjang 8 bulan aku bersamanya..andaikata mama gugur dimedan perjuangan ini..maafkan mama..mama sentiasa harapkan anak2 mama menjadi insan yang berguna suatu hari nanti..

Buat suami tercinta..aku tidak mampu memberikan kebahagian seperti yang engkau harapkan..ampunkan segala dosaku dari hujung rambut hingga hunjung kaki..salah silap ku..halalkan segala makan minumku..andainya aku gugur dlam perjuangan ini..jaga la anak2 kita dgn baik..didik la mereka menjadi org yang berguna dan berjasa suatu hari nanti..hanya itu harta yang hakiki yang aku miliki..andaikata tiada jodoh antara kita..aku doakan engkau bahagia bersama insan yang engkau pilih..dunia & akhirat..hanya satu pintaku..jangan engkau pisahkan aku dengan anak2 ku..jangan ada dendam antara kita..aku redha dengan ketentuan ilahi..andai itu yang telah tersurat di azali..namun semua keputusan terletak ditangan mu..aku tidak mampu untuk menepisnya lagi..setiap hari airmata ku berlinangan mengenangkan nasib kita..masa depan keluarga kita..anak2 kita..hanya dia yang maha esa yang lebih mengetahui..amin..

Ya Allah Ya Tuhanku, aku pohon pada mu..tabahkan hatiku dalam menempuhi segala dugaan mu..sesungguhnya aku hanya hambu mu yang lemah..yang tidak mampu untuk melawan kehendak dari mu..lindungi lah keluargaku dari sebarang pengkhianatan, penganiayaan, dan hasad dengki dari mereka yang tidak ingin melihat kebahagian kami..berilah kami petunjuk dan sinar baru dalam kehidupan kami..hanya itu yang aku pohon dari mu..jangan la engkau pisahkan kami kecuali ajal mu..

Friday, February 5, 2010

Welcome 2010!!

Masih tidak terlambat lagi aku mengucapkan selamat tahun baru 2010! ape dah jadi ngan blog aku nie..kemalasan melanda diriku untuk mengupdate blog aku nie..tapi insyaallah mulai dari hari ni aku akan teruskan perjuangan ku..banyak menda dah berlaku sepanjang aku tidak mengupdate blog aku..sbb aku sebok ngn FB aku..hahahaha..anyway..biarla 2009 menjadi memory..aku bangkit dengan semangat baru..azam baru..impian baru..

IMPIAN BARU 2010

PURPLE TUITION CENTRE/HOME TUITION

(projek terbaru..akan aku realisasikannye..mula beroperasi Jan 2011..skang tengah sebuk menguruskan penubuhan pusat tuition aku di Manjung Point 1, Manjung Perak...moga ada rezeki dan tercapai impian aku..insyaallah..amin..)

Wednesday, September 16, 2009

Terguris Hati Ku..



Hilang mood aku nak raya..bila tengok exora aku bercalar..terguris hati aku..ntah bile masa menatang ni ada..semalam aku datang opis tak de pun..n aku tak parking kat tembok pun..mcm mana menda ni boleh ada..uwaaaaaaaaaaaaaa...nangis aku tgk calar nie..dah la kat depan..besar..kasar..dan panjang plak tuh..sungguh ketara..benci benci..lepas raya kena cat balik..tapi ada ke cat sama mcm tuh..uwaaaaaa..sian kat aku..datang opis terus tak de mood..

Tuesday, September 1, 2009

Cameron Highlands & Bakau D'Muara



Tanggal 31 Ogos 2009...ekekekeke..memang la tanggal ni tanggal bersejarah bagi negara kite ni..hari cuti...tak tahuh nak pegi mane..so nak mereleasekan tention aku sehingga menyebabkan aku hilang selera makan dan menyebabkan berat badan aku turun mendadak sbnyk 5kg dlm masa 3 mgu..so hubby aku bawa aku g jalan2 ke cameron highlands..mmg dah pegi dah..tapi saja la pusing2 mengabihkan minyak..sbb tak tahu mana nak pegi lagi..bawa mak mertua dan adik ipar yang masih dalam pantang baru 18hri..aku heret jugak..ekekekeke..gile betol..walaupun cuaca mendung aku tetap pegi jugak..ikut tapah..saja nak singgah lata iskandar walaupun tak mandi..n nak beli buah petai..ekekekeke..peberet aku..nak buat jeruk petai..
Masa kat lata iskandar tuh tak hujan pun..tapi sampai je kat tanah rata hujan turun dgn lebat..dan sepanjang perjalanan dari tanah rata tuh la hujan..so aku g strawberry park je beli strawberry..singgah situ je la..tak singgah mana pun sbb hujan lebat tak leh nak turun..then balik ikut batu gajah..then berbuka puasa di Bakau D'Muara..salah satu tempat kegemaran aku..makan ikan gerut masak sweet sour..tomyam..sotong goreng tepung..kailan ikan masing..dan daging masak halia..memang bestt..aku suka makan kat sini..so selera aku pun terbuka..tapi petang ni nak makan ape ye utk berbuka..gerenti tak lalu makan lagi..apsal ye aku hilang selera makan..buka puasa makan nasi sikit aje..itu pun tak abih..huhhh..kurus aku mcm nie..ekekekeke..

;;

Template by:
Free Blog Templates